18 November 2009

Admin baru portal SMK Muadzam Shah

Salam sejahtera buat semua ..

Untuk pengetahuan , Portal SMK Muadzam Shah baru saja menerima seorang Editor baru yang lebih berpengalaman iaitu En Safuan Bin Yusop ..

Beliau akan membantu tugas admin mengemaskini Portal ini dari masa kesemasa ..

sekian dimaklumkan.

25 Oktober 2009

Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir Tahun

Warga SMK Muadzam Shah mengucapkan selamat menjalani peperiksaan akhir tahun bagi pelajar tingkatan 1 , 2 dan 4 .. semoga mendapat kejayaan yang cemerlang ..

Kepada Pelajar tingkatan 3 , tahniah kerana berjaya melepasi PMR dengan tenang dan diharapkan keputusan yang keluar nanti adalah yang terbaik antara yang terbaik..

Kepada pelajar tingkatan 5 dan 6 atas ( PPU ) ... teruskan perjuangan kerana SPM dan STPM bakal tiba tidak berapa lama lagi ...

20 Ogos 2009

SMKMS ada team's baru ..

Satu perkembangan menarik di SMKMS , satu pasukan baru telah ditubuhkan secara tak rasmi .. Pasukan Tempur Tanpa Senjata .. tengok gambar kat bawah tu , dengan penuh bergaya dan segak dengan pakaian serba merah , kikit kepala merah dan muka di celorengkan .. Semangat waja dan membara , berani menempuh apa saja cabaran dan dugaan demi kecemerlangan dunia dan akhirat ..

dsc_0529

sebenarnya ini adalah salah satu Gimik/ persembahan pada hari Anugerah kecemerlangan yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Muadzam Shah baru -baru ini . Persembahan yang dibawakan adalah Tempur Tanpa Senjata .. Kumpulan ini telah mempersembahkan kawat tarian perang yang diperkenalkan oleh pasukan Khas angkatan Tentera Malaysia iaitu Para Dance dan pasukan SMKMS telah mengambil konsep tarian tersebut dan membuat sedikit pengubahsuaian ... sejurus selepas para dance , pasukan ini mempersembahkan kawat Tempur Tanpa Senjata ..

Mereka ni terdiri dari pelajar tingkatan 1 dan 2 dan berlatih hanya 2 hari untuk persembahan ini ..
dsc_0498

dsc_0501

dsc_0567

dsc_0579

dsc_0580

16 Ogos 2009

Demam peperiksaan bermula...

Kepada semua pelajar SMKMS yang dikasihi .. minggu peperiksaan akan bermula dan diharapkan semua pelajar telah bersedia ... Bagi pelajar tingkatan 1,2 dan 4 bersedia untuk peperiksaan UPT2 dan pelajar tingkatan 3 bermula untuk peperiksaan Percubaan PMR ...

Kami guru - guru serta kakitangan SMKMS sentiasa mendoakan kejayaan anda semua .. InsyaAllah...

24 Julai 2009

Team basikal SMK Muadzam Shah

Satu perkembangan menarik di SMK Muadzam Shah . Satu team berbasikal telah ditubuhkan ( belum secara rasmi ) utnuk menyahut seruan kerajaan yang mahukan rakyat sihat dan mempunyai jati diri yang utuh.

Beberapa siri jalajah telah diadakan dan trek yang dipilih adalah dari berbagai jenis permikaan bumi , dari yang 'on road ' kepada 'off road' .

Terbaru , team ini telah berkayuh sejauh 60km iaitu dari SMK Muadzam Shah ke Bukit Ibam dan masuk ke Kg aur seterusnya meneruskan perjalanan melalui jalan 'off road ' ke KG gadak . Dari Kg Gadak melalui Higway Kuantan Segamat balik semula ke SMK Muadzam Shah ... jarak perjalanan +- 60 Km ...

antara guru yang terlibat dan telah mempunyai basikal sendiri ialah Cikgu Azman Mahat , Cikgu Norazman , Cikgu sayed Nashuruddin , Tn Hj Jamaluddin Idris , Tn Hj Saipuanuar ... seramai 15 orang pelajar juga telah berjaya menghabiskan siri jelajah tersebut..
dsc00746 dsc00748 dsc00782
dsc00783 dsc00787 dsc00788
dsc00785

Projek seterusnya ....

1 Ogos 2009 ... kayuhan merdeka . SMK Muadzam Shah ke bandar Kuala Rompin dengan membawa misi Anti dadah dan Dakwah ... dengan kerjasama dari beberapa Agensi seperti A.A.D.K , JKJR , JPA3 , UNITEN , POLIS DIRAJA MALAYSIA , PEJABAT AGAMA ISLAM MUADZAM SHAH ...

Sekian ...
 

SMK Muadzam Shah Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger