30 Disember 2008

Keputusan PMR di Umum hari ini -30/12/2008

Kepada semua calon PMR 2008 sila ambil perhatian, keputusan penuh Penilaian Menengah Rendah akan diumumkan pada hari ini , bertempat di Dewan Besar SMK Muadzam Shah ..

Semua pelajar yang terlibat dijemput hadir bersama penjaga masing - masing..

13 Disember 2008

10% Markah kokurikulum..

Asas Penggunaan 10 % Markah Kokurikulum Sebagai Syarat Kemasukan Ke IPTA Sesi 2009 Bagi Calon-Calon SPM, STPM dan STAM


Markah kokurikulum sebanyak 10% diperlukan untuk kemasukan ke IPTA sesi 2009 ..Kepada semua pelajar diharap dapat menggunakan sepenuhnya kegiatan Kokurikulum di sekolah untuk mendapat markah penuh bagi memenuhi kriteria kemasukan Ke IPTA tahun - tahun seterusnya ..

Dipetik dari laman web Kementerian Pelajaran..
Dengan hormatnya Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet pada 5 April 2006 berhubung dengan perkara tersebut adalah dirujuk.

2. Untuk makluman, mulai tahun 2008, Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum (BSSK) diberi tanggungjawab untuk merumuskan kaedah permarkahan kokurikulum bagi calon-calon yang menduduki SPM, STPM dan STAM yang memohon untuk menyambung pengajian ke IPTA. Keputusan markah yang disediakan oleh pihak sekolah hendaklah dihantar terus secara on line mulai 17 Disember 2008 kepada Bahagian Teknologi Maklumat & Komunikasi (BTMK), KPM. Justeru, pihak sekolah diberi tanggungjawab penuh untuk mengira dan menentukan markah kokurikulum calon-calon tersebut sama ada dari segi keesahan dan kebolehpercayaannya.

3. Sehubungan itu, seperti tahun-tahun sebelumnya KPM dengan kerjasama JPN dan PPD telah/akan mengadakan sesi penerangan semula di semua peringkat melibatkan Pengurusan Tertinggi KPM, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM), Pengarah-Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Pegawai-pegawai Pejabat Pelajaran Daerah dan Wakil-wakil Kesatuan Guru.

4. Oleh itu, kerjasama dan jasa baik YBhg Dato’ /Datuk/Tuan /Puan untuk menyampaikan maklumat ini kepada semua Pengetua dan Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah-Sekolah Menengah di negeri masing-masing. Pihak sekolah diminta supaya mengambil kira perkara-perkara berikut:

* Markah hendaklah disedia dan dihantar sebelum 15 Januari 2009.
* Bagi kiraan markah kemasukan ke IPTA sesi 2009 jumlah markah yang dikira adalah himpunan markah (CGPA) bagi empat tahun terakhir (2005, 2006, 2007 dan 2008 ).
* Salinan cetakan markah calon SPM, STPM dan STAM hendaklah dihantar ke JPN melalui Pejabat Pelajaran Daerah untuk tujuan pemantauan dan semakan. Senarai ringkas markah bagi setiap sekolah perlu dihantar bersama.( rujuk Borang Markah seperti Lampiran 2).
* Pihak sekolah diminta menyediakan Sijil Pencapaian Kokurikulum kepada setiap calon peperiksaan SPM, STPM dan STAM bagi memudahkan mereka menunjukkan bukti pencapaian.
* Penilaian adalah berdasarkan “Buku Panduan Penilaian Kokurikulum Sekolah Menengah - Edisi 2007” yang disediakan oleh KPM (semua sekolah diwajibkan menggunakan sistem penilaian ini dan perubahan berdasarkan surat-surat makluman)
* Bersama-sama ini disertakan juga beberapa keputusan berkaitan perkara berbangkit yang diterima oleh pengurusan sekolah bagi penilaian yang dibuat tahun 2007 (rujuk Lampiran 1).
* Semua bantahan oleh calon hendaklah diselesaikan di peringkat sekolah dan sebarang perubahan markah hanya boleh dilakukan oleh Pengetua Sekolah dan diajukan terus ke Bahagian ini (up: Unit Kokurikulum) dan sesalinan ke JPN (up: Unit Kokurikulum).

5. Suka diingatkan kepada semua pentadbir sekolah, cara dan kaedah menentukan keesahan dan kebolehpercayaan markah kokurikulum calon SPM, STPM dan STAM adalah tanggungjawab pihak sekolah kerana KPM menetapkan “Sistem Penilaian Kokurikulum di Sekolah Menengah” adalah ”Penilaian Berasaskan Sekolah”.

Sokongan dan kerjasama YBhg Dato’/ Datuk / Tuan/Puan adalah amat dihargai serta didahului dengan ucapan terima kasih.

30 November 2008

Timbalan Menteri Pelajaran ( Datuk Razali Ismail ) Kembali Ke Rahmatullah

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail, ninggal dunia selepas rebah dipercayai akibat serangan jantung ketika bermain badminton di Institut Aminuddin Baki (IAB), Genting Highlands, petang semalam.

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 6.30 petang ketika Razali menyertai permainan badminton bersama peserta Konvensyen Nasional Kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) serta kakitangan institut berkenaan.

Kelmarin, Razali, 59, menutup konvensyen berkenaan dan pagi semalam Allahyarham ke Alor Gajah, Melaka untuk menghadiri Konvensyen Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti sebelum ke IAB semula bagi menyertai permainan badminton.

Jenazah Ahli Parlimen Kuala Terengganu itu dibawa ke Hospital Bentong, kira-kira jam 8 malam tadi untuk dibedah disiasat.

Isteri Allahyarham, Datin Nooraini Lob Yusoff tiba di IAB sebaik dimaklumkan pegawai kementerian berkenaan.

Allahyarham meninggalkan lima anak.

Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein ketika dihubungi menyifatkan kematian Razali sebagai satu kehilangan besar bukan saja kepada keluarganya, malah generasi muda, guru, warga kementerian dan negara.

"Sukar untuk saya gambarkan rasa sedih atas kehilangan seorang yang cukup ikhlas, jujur, komited dan profesional dalam melaksanakan amanah memimpin Kementerian Pelajaran dan kakitangannya.

"Kita semua tidak akan lupa pengorbanan Allahyarham kepada agama, bangsa dan tanah air," katanya yang turut bergegas ke Hospital Bentong bagi membantu menguruskan jenazah.

Jenazah Allahyarham dibawa ke kediamannya di Jalan Kenanga, Kuala Terengganu sebelum dikebumi.

Pada pilihan raya umum Mac lalu, Allahyarham mengalahkan calon Pas, Mohamad Sabu dan calon Bebas, Maimun Yusof dalam pertandingan tiga penjuru dengan majoriti 628 undi.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar, ketika dihubungi berkata pihaknya mengambil tindakan susulan selepas menerima makluman rasmi Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

"Mengikut prosedur, pilihan raya kecil kawasan berkenaan akan dijalankan dalam masa 60 hari daripada tarikh kekosongan kerusi itu," katanya.

Dipetik dari : http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/BeritaUtama/20081128232444/Article/index_html

alfatihah untuk nya , semoga Allah mencucuri rahmat untuk rohnya ...

24 November 2008

Kalendar Persekolahan 2009

Dibawah adalah kalendar persekolahan 2009 bagi kumpulan B
negeri terlibat adalah :
* Perlis
* Pulau Pinang
* Perak
* Selangor
* Negeri Sembilan
* Melaka
* Johor
* Pahang
* Sabah
* Sarawak
* Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
* Wilayah Persekutuan Labuan
* Wilayah Persekutuan Putrajaya
Jadi dengan kalendar tersebut bolehla cikgu -cikgu buat perancangan tahun hadapan 2009 ...

Klik kalendar untuk besarkannya..

17 November 2008

Semakan keputusan PTK online

Salam ,

Cikgu - cikgu semua boleh semak keputusan ptk terkini melalui link dibawah ...
Baca bismillah sebelum masukkan no IC yer.. :)

Klik sini


atau copy dan paste link dibawah..

http://www.mpm.edu.my/ptk/loginfrm.aspx

5 Oktober 2008

Ingat Peperiksaan

Created by OnePlusYou

18 September 2008

Program Ihya Ramadhan ( Anjuran Pusat Kokurikulum SHAH Jabatan Pelajaran Pahang )

Program Ihya' Ramadhan telah dianjurkan oleh Pusat Kokurikulum Sultan Haji Ahmad Shah Pahang .

Maklumat Program adalah seperti dibawah :

11 September 2008

Peperiksaan Percubaan PMR , SPM Dan STPM

 


Pihak sekolah mendoakan semoga para Pelajar dapat menjawab dengan tenang dan membuahkan keputusan yang cemerlang , InsyaAllah .


 


 

7 Ogos 2008

Karnival Sekolah Rancangan Khas Peringkat Negeri Pahang

Karnival ini akan berlangsung pada 16 - 18 Ogos 2008 .

Tempat pertandingan adalah di SMK Agama pahang dan SMK Muadzam Shah ..

Maklumat lanjut akan di update dari masa kesemasa ..

17 Jun 2008

Program anak angkat Felda Semenchu Kota Tinggi Johor


Seramai 36 Pelajar tingkatan 3 iaitu kelas Mutiara 3 dan Mutiara 5 diiringi 3 orang guru iaitu En Norazman , Tn Syed Nashuruddin dan Pn Zuraini telah menyertai Program Anak Angkat dan Home Stay bertemakan kebudayaan di Felda Semenchu Kota Tinggi Johor.

Program ini di jalankan adalah bagi memenuhi sukatan sivik dan kewarganegaraan Tingkatan 3 yang bertemakan Kebudayaan masyarakat di Malaysia.

Tarikh     : 14 - 15 Jun 2008

Tempat  : Home Stay Felda Semenchu , Kota Tinggi Johor

Anjuran  : Panitia Sivik dan Kewarganegaraan .

Aktiviti yang dijalankan antaranya :

  1. Persembahan kebudayaan seperti Kuda Kepang , Kompang dan Dikir Puteri .. Pelajar serta guru pengiring diberi peluang mencuba setiap aktiviti tersebut .

  2. Gotong royong membersihkan klinik kesihatan Felda Semenchu .

  3. Bengkel Kraftangan yang menhasilkan origami dan bunga tekap.

  4. Program ramah mesra bersama warga Felda Semenchu.

  5. Ceramah oleh Yayasan Pelajaran Johor yang mana pelajar didedahkan maklumat berkaitan tawaran kursus yang terdapat di YPJ dan kelayakan masuk.


Pihak sekolah merakamkan Jutaan terima kasih kepada Pengurusan Felda semenchu terutama En Mat Noh sebagai Pengurus Felda semenchu atas sokongan dan kerjasama yang diberikan,begitu juga kepada Ibu dan bapa angkat yang telah memberikan yang terbaik kepada semua pada progran tersebut.

Tidak lupa  juga kepada penyumbang-penyumbang untuk membiayai program ini terutama yang Berhormat Tn Hj Sahfri Bin Ab Aziz , ADUN Kawasan Bukit Ibam yang telah menyumbangkan sbuah Bas sebagai pengangkutan Ke Felda Semenchu.

Hari Kokurikulum 2008 ( gambar )





 





Untuk mendapatkan lebih banyak gambar sila berjumpa dengan Tn Hj Saipuanuar ... TQ

30 Mei 2008

wilderness Camp at Langkawi

Seramai 8 orang pelajar SMKMS telah menyertai Program Wilderness Camp ( Kem Kembara Lasak ) anjuran Kementerian Pelajaran malaysia dan Halim mazmin Group selama 7 hari bertempat di Pulau Tuba langkawi .

Pelajar telah didedahkan dengan pelbagai teknik dan cabaran lasak antaranya  berkayak , kembara hutan , membina rakit , permainan dinamik , water confident , meniti di aras tinggi dan pelbagai lagi..

Dengan sumber air tawar yang terhad , pelajar terpaksa mengharungi beberapahari tanpa mandi dan bekalan air hanya cukup untuk memasak dan minum sahaja , lain-lain terpaksa menggunakan air laut .

Selain aktiviti  lasak pelajar juga didedahkan  dengan  pengalaman diatas kapal  seperti  bagaimana kapten sesebuah kapal  melaksanakan tugas diatas kapal dan  kerjaya yang  terdapat dalam bidang  perkapalan.

diharapkan program sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Sebahagian foto wilderness camp:



[caption id="attachment_53" align="alignnone" width="300" caption="kayak"]kayak[/caption]

6 Mei 2008

maklumat kemasukan pelajar tingkatan 6 bawah 2008

Tarikh pendaftaran tingkatan enam bawah bagi tahun 2008 ialah pada 12 Mei 2008.
Semakan keputusan kemasukan ke tingkatan enam bermula pada 6 Mei 2008 di laman web http://www.moe.gov.my

Sila klik untuk memuat-turun syarat-syarat permohonan dan borang permohonan ke tingkatan enam:


7 April 2008

Perlawanan badminton terbuka

Terbuka !

Pertandingan badminton terbuka anjuran Kelab Guru SMK Muadzam Shah dan Bank Rakyat cawangan Muadzam Shah ..

Pertandingan akan diadakan pada 5 - 6 april 2008 bertempat di Dewan Besar SMK Muadzam Shah .. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Cikgu Azri ..

31 Mac 2008

Pemilihan rekrut Tentera Udara

Satu pemilihan terbuka rekrut Tentera Udara Malaysia akan diadakan di Dewan Besar SMK Muadzam Shah seperti ketetapan dibawah :

.

Tarikh : 5 april 2008

Masa : 8.00 - 5.00 Petang

Tempat : Dewan Besar SMK Muadzam Shah

Sila dapatkan maklumat lanjut berkaitan kelayakan dan sebagainya di akhbar - akhbar utama negara .

terima kasih

1 Januari 2008

Tarikh pembayaran Gaji 2008

Satu Tarikh Bayaran Untuk Sema Negeri Dalam Malaysia .. 

















































































Bulan



Tarikh



Hari



Catatan



Januari



24.01.2008



Khamis


 
 

Februari



25.02.2008



Isnin


Tahun Baru Cina 07 & 08.02.2008

Mac



25.03.2008



Selasa


 
 

April



24.04.2008



Khamis


 
 

Mei



22.05.2008



Khamis


25.05.2008 hari Ahad

Jun



25.06.2008



Rabu


 
 

Julai



24.07.2008



Khamis


 
 

Ogos



25.08.2008



Isnin


 
 

September



25.09.2008



Khamis


Hari Raya Puasa 01 & 02.10.2008

Oktober



20.10.2008



Isnin


Deepavali 27.10.2008

November



25.11.2008



Selasa


Hari Raya Haji 08.11.2008

Disember



18.12.2008



Khamis


Hari Krismas 25.12.2008
 

SMK Muadzam Shah Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger