17 Jun 2008

Program anak angkat Felda Semenchu Kota Tinggi Johor


Seramai 36 Pelajar tingkatan 3 iaitu kelas Mutiara 3 dan Mutiara 5 diiringi 3 orang guru iaitu En Norazman , Tn Syed Nashuruddin dan Pn Zuraini telah menyertai Program Anak Angkat dan Home Stay bertemakan kebudayaan di Felda Semenchu Kota Tinggi Johor.

Program ini di jalankan adalah bagi memenuhi sukatan sivik dan kewarganegaraan Tingkatan 3 yang bertemakan Kebudayaan masyarakat di Malaysia.

Tarikh     : 14 - 15 Jun 2008

Tempat  : Home Stay Felda Semenchu , Kota Tinggi Johor

Anjuran  : Panitia Sivik dan Kewarganegaraan .

Aktiviti yang dijalankan antaranya :

  1. Persembahan kebudayaan seperti Kuda Kepang , Kompang dan Dikir Puteri .. Pelajar serta guru pengiring diberi peluang mencuba setiap aktiviti tersebut .

  2. Gotong royong membersihkan klinik kesihatan Felda Semenchu .

  3. Bengkel Kraftangan yang menhasilkan origami dan bunga tekap.

  4. Program ramah mesra bersama warga Felda Semenchu.

  5. Ceramah oleh Yayasan Pelajaran Johor yang mana pelajar didedahkan maklumat berkaitan tawaran kursus yang terdapat di YPJ dan kelayakan masuk.


Pihak sekolah merakamkan Jutaan terima kasih kepada Pengurusan Felda semenchu terutama En Mat Noh sebagai Pengurus Felda semenchu atas sokongan dan kerjasama yang diberikan,begitu juga kepada Ibu dan bapa angkat yang telah memberikan yang terbaik kepada semua pada progran tersebut.

Tidak lupa  juga kepada penyumbang-penyumbang untuk membiayai program ini terutama yang Berhormat Tn Hj Sahfri Bin Ab Aziz , ADUN Kawasan Bukit Ibam yang telah menyumbangkan sbuah Bas sebagai pengangkutan Ke Felda Semenchu.

Hari Kokurikulum 2008 ( gambar )





 





Untuk mendapatkan lebih banyak gambar sila berjumpa dengan Tn Hj Saipuanuar ... TQ
 

SMK Muadzam Shah Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger