Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua , Kosmo hari ini memaparkan satu berita penting buat semua pelajar,ibubapa/penjaga pelajar dan guru.. Tajuk berita tersebut adalah "kena lempang bawa telefon bimbit "
Kami Lembaga Disiplin SMK Muadzam shah tertarik dengan berita tersebut dan ingin memberikan sedikit respon terhadap berita tersebut .
Untuk pengetahuan semua , membawa telefon bimbit memang menjadi satu kesalahan bagi pelajar sekolah tidak kira dimana beliau belajar . SMK Muadzam Shah sendiri menguatkuasakan undang-undang tersebut dan melalui beberapa siri pemeriksaan mengejut ( Sport Check ) yang dibuat pada awal tahun 2009 dahulu Lembaga Disiplin telah berjaya merampas beberapa buah telefon bimbit dari pelajar ...
Apa yang menarik minat Lembaga Disiplin dengan berita tersebut adalah tindakan guru disiplin sekolah itu yang bertindak menampar pelajar bagi kesalahan ini . Bagi Kami Lembaga Disiplin SMK Muadzam Shah berpandangan tidakan tersebut adalah tidak bersesuaian sama sekali . kami menentang sekeras-kerasnya tindakan tersebut .
Di SMK Muadzam Shah , Lembaga Disiplin mengamalkan pendekatan yang lebih lembut iaitu Sistem Merit Demerit . Dengan sistem ini , setiap pelajar mempunyai Fail peribadi mereka sendiri yang terkandung 2 kad iaitu kad Merit dan kad De Merit ... Kad merit adalah kad yang menyimpan markah bagi kerja amal yang dilakukan pelajar dan kad Demerit menyimpan markah kesalahan pelajar.
Bagi kes seperti diatas pelajar akan diberikan markah demerit berdasarkan kesalahan tersebut .. apabila markah terkumpul mencapai tahap tertentu , ibubapa/penjaga akan dipanggil kesekolah untuk berbincang dengan Lembaga disiplin dan Pentadbiran sekolah .
sekian .
Petikan dari kosmo online
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0225&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm
Kena lempang bawa telefon bimbit

SITI AMINAH (kiri) bersama Siti Lakkhaleeda menunjukkan laporan pemeriksaan doktor selepas ditampar oleh gurunya di Kuala Terengganu semalam.
KUALA TERENGGANU – Gara-gara membawa telefon bimbit ke dalam bilik darjah, dua pelajar wanita sekolah menengah di Manir dekat sini terpaksa menerima padah dilempang guru disiplin.
Akibatnya, seorang daripada mereka mengalami kecederaan di telinga selepas dilempang sebanyak empat kali oleh guru terbabit.
Menurut mangsa, Siti Aminah Ahmad, 15, dan rakan sekelasnya, Siti Lakkhaleeda Mohd. Rozamlee, mereka dipanggil oleh guru disiplin itu pada pukul 11 pagi Khamis lalu.
Bagaimanapun laporan polis hanya dibuat kelmarin di Balai Polis Kuala Terengganu.
“Semasa guru itu membuat pemeriksaan, telefon bimbit tidak ada kerana saya menyerahkannya kepada seorang rakan lain,” kata Siti Aminah.
Selepas gagal menemuinya, guru itu menjadi marah dan bertindak mengajak Siti Aminah pulang ke rumahnya untuk bertanyakan mengenai telefon bimbit itu kepada ibu pelajar tersebut.
Bagaimanapun ibunya memberitahu beliau tidak mengetahui apa-apa dan mereka kembali semula ke sekolah.
Oleh kerana bimbang kejadian yang lebih buruk berlaku ke atas Siti Aminah, rakan sekelas yang menyimpan telefon itu telah memberikannya kepada guru itu.
Menurut Siti Lakkhaleeda pula, mukanya telah ditampar sebanyak dua kali di hadapan rakan-rakan sekelas yang lain.
“Bukan kami sahaja yang membawa telefon ke sekolah kerana ramai pelajar lain turut melakukan perkara yang sama tetapi mereka tidak dikenakan tindakan.
Dapatkan berita selanjutnya di Kosmo!.