25 Mac 2009

PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR KE POLITEKNIK KPT SESI JULAI 2009

Permohonan bagi Sesi Julai 2009 telah dibuka dan boleh dibuat dengan melayari laman web http://www.politeknik.edu.my bagi kategori berikut:

a. Lulusan SPM dan setaraf
b. Lulusan Sijil Politeknik KPT
c. Lulusan Sijil Kolej Komuniti KPT
d. Lulusan Diploma Politeknik KPT

Cara Memohon :

Permohonan kemasukan pelajar ke Politeknik KPT bagi Sesi Julai 2009 hendaklah dibuat melalui kaedah dalam talian (ON-LINE) dengan melayari laman web;

http://www.politeknik.edu.my

Pemohon diminta membeli nombor PIN untuk mengakses e-Borang, di kaunter atau Mesin ATM Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan harga RM6.00 (Ringgit Malaysia: Enam sahaja)

Pemohon perlu mengemukakan Kad Pengenalan atau MyKad semasa membeli nombor PIN di kaunter BSN.

Jika pemohon mewakilkan seseorang untuk membeli nombor PIN, salinan kad pengenalan atau MyKad pemohon mesti dikemukakan oleh wakil tersebut kepada pihak BSN. Maklumkan dengan jelas kepada pihak BSN bahawa nombor PIN yang hendak dibeli adalah untuk permohonan kemasukan ke Politeknik KPT.

Pastikan slip pembayaran BSN dicetak nombor kad pengenalan pemohon dengan betul serta terdapat nombor PIN enam (6) digit sebelum meninggalkan kaunter BSN.

Nombor PIN ini hanya boleh digunakan bagi kemasukan Sesi Julai 2009 dan Sesi Januari 2010 sahaja.

Pemohon perlu membeli semula nombor PIN sekiranya hilang dan terlupa.


NOTA:

Nombor PIN yang sama boleh digunakan untuk mengakses e-Borang Kolej Komuniti KPT.

Pemohon hendaklah mencetak paparan butiran permohonan setelah menekan butang 'HANTAR MAKLUMAT PERMOHONAN'. Pindaan maklumat pada e-borang boleh dibuat sebelum tarikh tutup dan mencetak semula butiran permohonan terkini.


Pemohon berkeperluan khas (masalah pendengaran) ialah pelajar lepasan tingkatan lima dari Sekolah Pendidikan Khas kelolaan Bahagian Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) atau Program Pencantuman Pendidikan Khas di bawah KPM. Permohonan hendaklah dibuat melalui Bahagian Pendidikan Khas KPM, di alamat :

Pengarah,
Bahagian Pendidikan Khas,
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Aras 2, Blok E2, Parcel E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 PUTRAJAYA
Telefon : 03-88849190
Borang permohonan boleh didapati dari Jabatan Pelajaran Negeri atau Bahagian Pendidikan Khas.

Permohonan kemasukan pelajar ke Politeknik KPT bagi Sesi Julai 2009 ditutup pada 17 April 2009 (Khamis).

Harap Maklum
 

SMK Muadzam Shah Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger